72812

Zarina Zainuddin Terima Anugerah Supermom! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Zarina Zainuddin telah menerima anugerah yang pertama dalam hidupnya apabila telah dinobat sebagai ‘Supermom’ di Anugerah Intrend Gala 2017 baru-baru ini.

Zarina yang memiliki dua anak istimewa yang menghidap autisme telah memenangi anugerah itu berdasarkan undian pembaca majalah Intrend.

screen-shot-2017-11-29-at-1-12-11-pm

Sewaktu menerima anugerah berkenaan, Zarina berkata ini adalah anugerah yang pertama diterima sepanjang hidupnya.

Zarina memang terkenal kerana kecekalannya membesarkan dua orang anak kembar iaitu Azal dan Azil yang merupakan anak-anak istimewa.

screen-shot-2017-11-29-at-1-11-59-pm

Semoga kemenangan Zarina serta kisah hidupnya menjadi sumber kekuatan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak istimewa seperti Zarina.

Tahniah dari SURIA. Zarina sememangnya seorang Supermom!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!