72743

Zarol Zarif Tampil Dengan Bidadari - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-11-03-at-3-07-17-pm

Namanya tidak lama dahulu pernah dipalit kontroversi kala dituduh sebagai punca keretakan rumahtangga Along Cham dan isterinya.

Walau bagaimanapun bekas peserta Akademi Fantasia 2016, Zarol Zarif terus melangkah ke hadapan dan baru-baru ini tampil dengan singlenya sendiri berjudul ‘Bidadari’.

Zarol yang juga seangkatan dengan Ara Johari daripada Akademia Fantasia 2016 mengharapkan reaksi yang positif dari peminat muzik tanah air.

whatsapp-image-2017-11-03-at-3-02-35-pm-1

“Saya harap dengan kehadiran lagu Bidadari ini, masa depan saya dalam industri seni akan lebih cerah di masa hadapan,” jelas Zarol yang kini menetap di Johor Bahru.

Lagu Bidadari merupakan karya ciptaan Yama Watanabe dan juga Dr. Irma yang juga pemilik label syarikat rakaman Dr. Irma Entertainment, di mana Zarol bernaung.

whatsapp-image-2017-11-03-at-3-02-35-pm

Ketika menyampaikan lagu Bidadari, Zarol sempat menitiskan air mata kerana berasa sebak gara-gara teringat pengorbanan ibunya yang juga hadir sewaktu pelancaran lagu tersebut.

Menurut Zarol, ibunya adalah bidadari yang dimaksudkan di dalam lagu tersebut.

Zarol juga memberitahu selain menyanyi dia juga sedang aktif mengendali sebuah blog video tentang makanan yang bernama makanmana.tv

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!