85197

Zarul Husin Tak Kisah Dibenci Satu Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan pelakon kacak Zarul Husin mengajui beliau tidak kisah andai dirinya di benci satu Malaysia gara-gara wataknya dalam drama Syurga Yang Kedua yang mengamalkan poligami.

Drama Syurga Yang Kedua yang disiarkan di Astro telah mendapat rating yang tinggi serta menjadi ikutan ramai.

640x399_syurgayangkedua

“Sejujurnya saya tidak kisah anda dibenci oleh satu Malaysia. Ini bermakna watak saya menjadi. Lagipun itu hanyalah lakonan semata-mata di alam realiti saya bukan seperti itu”, jelasnya.

Selepas kejayaan drama Syurga Yang Kedua, Zarul mahu berehat sebentar dari dunia lakonan dan fokus kepada bidang nyanyian serta program realiti Mentor Otai dimana Zarul merupakan salah seorang Mentor yang terpilih.

whatsapp-image-2018-03-14-at-1-12-17-pm

“Alhamdulillah. Saya juga terkejut apabila ditawarkan oleh produksi untuk menjadi salah seorang mentor bagi Mentor Otai. Biarpun saya sempat hilang dari industri hiburan kerana bertugas di awan biru, namun saya merupakan Mentor yang paling senior di antara semua kerana memulakan kerjaya sebagai penyanyi sejak dari tahun 1994.

Saya juga sangat teruja dengan tugas sebagai mentor kerana sebelum ini saya cuma kongsi pengalaman dengan keluarga sahaja tapi sekarang saya ada orang yang nak berkongsi dengan saya. Itu sesuatu yang baru”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-03-14-at-1-12-17-pm-2Dalam perkembangan lain, Zarul juga bakal muncul dengan lagu baru berjudul Remuk yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

SURIA kagum dengan semangat Zarul Husin yang sentiasa positif dan yakin dengan diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru. Selamat maju jaya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!