91119

Zayn Malik Tidak Mengaku Dirinya Seorang Muslim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi terkenal Zayn Malik telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila tidak lagi mengakui dirinya sebagai seorang Muslim.

Zayn berkata demikian dalam salah satu temubualnya bersama majalah fesyen terkemuka Vogue British edisi November 2018.

Bekas ahli kumpulan One Direction itu menjawab pertanyaan adakah dia akan menggelar dirinya seorang Muslim sekarang, katanya tidak. Dia tidak akan mengakuinya.

Zayn turut berkata dia tidak percaya dengan tuntutan membaca doa dalam bahasa lain lima kali sehari (solat) dan memakan daging yang telah dibacakan doa (proses penyembelihan).

Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zayn itu, ramai yang beranggapan bahawa Zayn sudah meninggalkan agama Islam ataupun sudah murtad.

Ramai peminat yang kecewa dengannya terutamanya yang beragama Islam lebih-lebih lagi peminat dari Pakistan kerana bapa Zayn adalah berketurunan Pakistan.

Semoga Zayn diberikan hidayah oleh Allah untuk kembali ke jalan yang benar. Sama-samalah kita berdoa untuk Zayn dan umat Islam di seluruh dunia supaya kita tidak terpesong dari akidah dan berpegang teguh kepada iman dan ajaran Islam

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!