72222

Zed Zaidi Komen Tentang Ammar dan Marsha Berhubung Isu Watson Nyambek - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya isu tentang pengacara rancangan ‘Sukan Tak Sentral’ iaitu Ammar dan Marsha yang mempersendakan nama mendiang ayah kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek masih belum reda bahkan ia semakin panas.

biodataazizulammartitanpelakonbaru-drama

Pelbagai reaksi negatif yang dilemparkan kepada pengacara dan juga TV3 yang dikatakan seperti tidak peka, rancangan yang syok sendiri dan macam-macam lagi.

iqkv1idoujgupfju2qx-ibek0pd20mbxmwk-xpw1xio-llgqxkq5nesog7juycq402kfdgn2g7nkhqcqjo0s900-nd-c-c0xffffffff-rj-k-no

Walaupun pihak Primeworks Studios telah mengambil keputusan dengaan menggantung perkhidmatan pengacara, penerbit dan juga krew produksi tetapi ia masih belum dapat meredakan kemarahan netizen.

Bukan itu sahaja, Watson Nyambek juga dikatakan tidak dapat menerima permohonan maaf dari pihak Primeworks Studios kerana ia telah melibatkan nama mendiang ayahnya yang sudah tiada.

zedbn

Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi juga turut meluahkan pandangannya berhubung isu ini dan bagi beliau, apa yang telah dilakukan oleh Ammar dan Marsha adalah suatu penghinaan yang tidak sepatutnya terjadi.

zed

Mengenai ISU PENGACARA TV & RADIO yang MENGHINA PELUMBA LARI NEGARA WATSON NYAMBEK.. bagi pandangan saya ia benar benar satu PENGHINAAN!. Saya beranggapan bahawa menggunakan medium seni untuk menghina seorang atlet yang pernah menyumbang jasa kepada negara tidak sepatutnya berlaku.

Saya percaya sekirannya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama BAPANYA dipermainkan atau di hina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada apakah perasaan anda ketika itu?

Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan. Adakah itu cara station tv mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca tv atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?

Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak station tv dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut. Anda pasti tau.. membina nama yang baik mengambil masa selama 20 tahun merosakkannya hanya mengambil 1 minit ia benar benar memalukan.

Saya juga telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan seniman malaysia supaya menyiasat pekara ini. sekirannya anda ahli seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti. Insyallah pekara baik di balas baik pekara yang buruk kita doakan supaya Allah sahaja yang menghukumnya, saya doakan supaya anda dan keluarga anda dilindungi Allah S.W.T. Assalamualaikum… ANAK SENI PEWARIS BUDAYA,
SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA.

ZED ZAIDI @persatuansenimanmalaysia

Menurut beliau lagi, segala permohonan maaf yang telah dibuat oleh pihak Primeworks Studios dan pengacara itu sendiri tidak mencukupi untuk memperbetulkan kembali imej dan kredibiliti Watson Nyambek.

Pihak Seniman juga diarahkan untuk menyiasat perkara ini dan tindakan disiplin akan diambil selepas penyiasatan ini selesai.

Apa yang difahamkan, Ammar juda telah memadam akaun Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kritikan dari netizen berhubung isu ini.

ammar

Kami di SURIA sangat-sangat percaya bahawa apa yang telah berlaku ini sudah cukup memberikan pengajaran buat Ammar, Marsha dan pihak Primeworks Studios. Semoga selebriti lain juga dapat belajar dari insiden seperti ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!