71978

Ziana Zain Berang, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap… - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penganjur Konsert High Note yang telah dijayakan oleh tiga orang penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ziana Zain menjelaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tehadap penganjur itu apabila pihak penganjut masih belum berjaya menyelesaikan baki bayaran lagi 50% kepada mereka.

“Setelah melakukan perbincangan bersama dua lagi rakan artis iaitu Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter kami bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya. Pihak kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak penganjur tersebut. Namun perkara ini saya serahkan kepada pengurus kerana dia yang menguruskan hal persembahan dan berkaitan dengan kerjaya saya. Dia juga telah mengingatkan kepada saya supaya memberi fokus kepada perniagaan dan nyanyian kerana dia akan uruskan segalanya berkaitan dengan konsert itu.”

Untuk pengetahuan anda, Konsert High Note telah berlangsung pada 25 November 2016 selama tiga hari berturut-turut. Yela, siapa tak marah kalau tugas sudah diselesaikan dengan baik tetapi bayaran masih belum diterima. 

1989895_1288903_highnote_new_01_final_03_low_res

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!