85183

Ziana Zain Menangis Tika Persembahan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-03-12-at-2-50-45-pm

Penyanyi popular Ziana Zain tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata sewaktu membuat persembahan hujung minggu lalu.

Dalam persembahannya di sebuah hotel di ibu kota itu, Ziana tiba-tiba sebak sewaktu mendendangkan lagu hit Puncak Kasih.

Peminat yang melihat aksi Ziana itu turut bersedih dan bertindak untuk memberikan semangat kepada Ziana. Mereka turut menyanyi bersama bait-bait lirik yang tak terungkap oleh Ziana.

whatsapp-image-2018-03-12-at-2-50-45-pm-1

Ziana sempat memberi ucapan mengatakan bahawa dirinya kuat dan sebagai seorang artis beliau perlu ‘move on’.

SURIA puji sikap profesional Ziana yang masih menunaikan janji untuk membuat persembahan biarpun dirinya kini sedang dilanda masalah bersama suami.

Semoga Ziana Zain terus kuat menghadapi hari mendatang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!