72792

Zizan Razak Tercedera Sewaktu Melakukan Babak Aksi Filem Polis Evo 2 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak telah mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terbaru Polis Evo 2.

Menerusi Instagram milik Zizan, dia telah memuatnaik gambar dirinya yang terlantar kesakitan sambil memakai topeng oksigen.

 

screen-shot-2017-11-21-at-6-38-28-pm

Menurut Zizan melalui kapsyen gambarnya, dia tercedera sewaktu melakukan salah satu babak aksi dalam filem terbarunya itu.

Zizan turut meminta supaya tiada orang yang akan membeli cetak rompak dan mencuri-curi rakam filem ini nanti kerana bukan mudah untuk menjayakannya.

screen-shot-2017-11-21-at-6-38-18-pm

SURIA doakan semoga Zizan kembali sembuh seperti sedia kala. Semoga selepas ini Zizan lebih berhati-hati ya. Tak sabar pula SURIA nak menonton filem Polis Evo 2 ni.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!