72277

Zul Ariffin Mahu Penulis Skrip Lebih Berhati-Hati - Suria FM - Segalanya Hiburan

screen-shot-2017-05-16-at-8-41-04-am

Tidak dinafikan ramai peminat drama Melayu suka menonton drama Menanti Februari yang dibintangi Zul Ariffin, Fathia Latiff dan Afiq Muiz yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3.

screen-shot-2017-05-16-at-8-41-28-am

Walaubagaimanapun jalan cerita drama itu telah menjadi topik perdebatan netizen gara-gara dituduh melanggar hukum-hakam agama.

Kru Suria berkesempatan menemubual pelakon utama drama tersebut yang juga pemenang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 3.0 dan meminta pendapat Zul sendiri.

screen-shot-2017-05-16-at-8-44-40-am

Menurut Zul sepanjang drama itu menjadi perdebatan netizen, beliau berada di Sepanyol untuk bercuti.

“Saya sendiri tidak tahu sejauh mana perdebatan itu telah pergi, saya berharap suatu hari nanti bila sesuatu drama berkaitan dengan agama, penulis skrip perlu melakukan kajian kerana perkara ini isu yang sensitif.”

“Saya bukan ustaz, saya tak pandai, kadang-kadang bila kita tengok skrip baru kita tahu tentang sesuatu perkara itu,” jelasnya.

Zul juga mahu badan yang berkuasa mengenai isu ini mengambil tindakan yang sewajarnya, bukan dengan menjadikan isu ini sebagai perdebatan di media sosial.

Namun katanya beliau tidak kesal dengan kejadian tersebut kerana menganggap isu ini sebagai satu pengajaran di masa akan datang.

screen-shot-2017-05-16-at-8-40-41-am

Mengulas mengenai kemenangannya di malam ABPBH 3.0 Zul melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada peminatnya yang bekerja keras mengundinya sehingga berjaya menggondol trofi Pelakon Filem Lelaki Popular.

zul-ariffin-j-revolusi-movie

Zul juga turut mengakui filem J Revolusi adalah penyumbang terbesar untuk kejayaannya pada malam itu. Selepas ini Zul bakal muncul dengan sebuah lagi filem terbaru berjudul Tombiruo.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!