85158

Zul Ariffin Pelakon Lelaki Paling Serasi – Neelofa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa mengakui bahawa Zul Ariffin merupakan pelakon lelaki yang paling senang untuknya bekerjasama.

Neelofa dan Zul Ariffin telah digandingkan bersama sebagai pasangan dalam drama terbaru arahan Michael Ang berjudul Ti Amo Sweetheart 100 hari.

ti-amo-sweetheart-100-hari

“Saya gembira berlakon dengan Zul. ‘Chemistry’ saya dengan Zul sangat baik. Alhamdulillah saya tidak mengjangkakan itu kerana saya tidak pernah bercakap dengannya di luar penggambaran. Saya rasa saya cakap dengan dia dua tiga kali sahaja. Tetapi bila berada di set segala-galanya menjadi mudah.

Babak pertama sahaja kami sudah terus serasi. Bila babak yang romantik dan ‘swee’t ianya terjadi dengan semula jadi. Saya sangat-sangat gembira sebab ianya bukan mudah.”

whatsapp-image-2018-03-07-at-2-51-12-pm-1

Ditanya adakah Zul Ariffin merupakan pelakon lelaki yang paling senang untuknya bekerjasama, kata Lofa buat masa sekarang dari segi ‘chemistry’, beliau mengakui Zul merupakan pelakon lelaki yang paling senang.

Bagi Zul Ariffin pula, beliau cuba sedaya upaya untuk memudahkan lakonan Neelofa dan mahu menjadikannya selesa berlakon bersama.

whatsapp-image-2018-03-07-at-2-51-12-pm

“Tugas saya bukan untuk tolong dia berlakon tetapi menyenangkan dia berlakon itu sahaja. Apa yang tak kena saya bantu. Sejujurnya projek yang saya berlakon dengan Neelofa, dia lebih bersedia daripada saya. Saya tahu dia punya ‘expectation’ untuk buat dan saya tahu apa yang orang akan bahaskan untuk orang suka dan tak suka nak tengok.

Jadi tanggungjawab dia untuk mengembalikan kepercayaan orang terhadap kerjayanya sebagai pelakon terutamanya dalam drama sangat tinggi jadi saya sahut cabaran itu untuk ‘team-up’ dengan Neelofa. Apa yang saya boleh tolong saya tolong.

Menyenangkan kerja dia tugas saya. Saya tahu cerita itu banyak adengan ‘sweet’ dan mengada-ngada. Dalam keadaannya yang macam itu susah untuk dia. Saya tahu benda tu. Apa yang tak kena saya ‘cover’. Sebab saya tahu kalau pasangan kita tak ‘cover, babak itu akan jadi kaku dan tak best. Kadang-kadang dia macam tak tahu nak pegang saya kat mana, nak pegang tangan saya ke nak pegang kepala saya sebab saya tinggi”, jelas Zul.

whatsapp-image-2018-03-07-at-2-54-07-pm-1

Katanya lagi melihat telatah Neelofa itu membuatkannya kadang-kadang terhibur dan tergelak. Namun Zul gembira dapat berlakon dengan Neelofa.

Malah mereka berdua juga tidak kisah dengan hashtag gabungan nama mereka yang sudah mula menjadi bualan peminat-peminat kedua-dua bintang popular ini.

Tak sabar pulak SURIA nak menonton drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari ini ditayangkan nanti. Agak-agak boleh jadi fenomena seperti drama Neelofa dan Zul Ariffin sebelum ini tak?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!