87865

Zulin Aziz Berat Hati Tinggalkan SURIA FM - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari ini merupakan hari yang sedih untuk warga SURIA FM kerana penyampai Suria Pagi iaitu Zulin Aziz bakal meninggalkan konti Suria.

Setelah lebih dua tahun berkhidmat sebagai penyampai Suria FM, Zulin mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

“Berat hati sebenarnya saya nak meninggalkan keluarga di SURIA FM ini kerana selama dua tahun ini hampir setiap hari saya berjumpa dengan mereka semua. Saya bertanya banyak kali dengan diri saya sebelum saya buat keputusan ini. Namun saya terpaksa tawakal dengan keputusan ini”, jelasnya.

Ditanya apakah sebab utama beliau mengambil keputusan ini di saat namanya sudah mula sinonim sebagai penyampai radio, kata Zulin ada banyak perkara yang beliau terlepas sepanjang berkhidmat sebagai penyampai radio.

“Ada banyak benda yang saya nak kena fokus selepas ini. Semasa jadi penyampai saya tak boleh nak fokus sebab terikat dengan jadual kerja. Pelbagai tawaran yang saya terima namun saya terpaksa menolak. Saya bermula sebagai seorang pelakon dan pengacara, jadi saya tidak mahu kerjaya itu terus berkubur begitu sahaja”, ujarnya.

Kata Zulin, sepanjang lebih dua tahun berkhidmat di SURIA, pelabgai kenangan manis yang dilalui bersama.

“Terlalu banyak kenangan saya di SURIA. Semua perkara pun kenangan manis bagi saya sebab kita dah macam satu keluarga. Antara kenangan yang saya tak dapat lupakan ialah sewaktu Jelajah Suria di mana kami menyanyi di dalam bas ramai-ramai. Berlakon bersama untuk drama raya dan juga video muzik”, jelasnya.

Sedih pula SURIA mahu melepaskan penyampai yang ceria seperti Zulin Aziz. Tapi setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Semoga Zulin terus berjaya denga napa jua yang dilakukan selepas ini. SURIA sentiasa mendoakan kejayaan Zulin Aziz. Kahwin nanti jangan lupa jemput SURIA ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!