85244

Zulin Aziz Buka Instagram Masakan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang minat memasak penyampai SURIA Pagi iaitu Zulin Aziz.Zulin sering memuatnaik video masakannya di Instagram dengan hashtag #CikZulinKeDapur.

View this post on Instagram

Dah lama Zulin tak masak salah satu makanan fav Zulin dari masa kecik. Dulu balik sekolah aje mama masakkan asam rebus ni, sebab itu sekarang balik kerja pun nak juga makan asam rebus haha. Mama bukan saja ajar Zulin masak, tetapi melalui masakan dia juga mengajar Zulin untuk jaga diri sendiri dan juga berdikari…Sebab itu memasak sekarang bukan setakat hobby, malah bila happy or sedih, Zulin tetap akan masak! Paling best feeling. Tak susah pun nak masak ni, campak campak je dah siap…… 😉. lagilah dengan ada #maggicukuprasa ni , lagi senang lagi sedap. Siapa nak cuba boleh tgk resipi di bawah 👇🏻 Bahan-bahan: 👩🏽‍🍳 – Ikan sardin – cili merah, dikisar – kunyit hidup, dikisar – halia, dikisar – Air – asam gelugor – serai dititik – lengkuas dihiris nipis – daun kesum -boleh tambah tomato,bendi – MAGGI®️ CukupRasa™️ Zulin tak guna bawang dan garam sebab MAGGI CukupRasa dah ada semua ni. Inilah satu satunya penambah rasa dengan bawang segar dan rempah ratus terpilih. Nak dptkan banyak lagi resipi jangan lupa ke www.maggi.com.my! #cikzulinkedapur @maggi.malaysia

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Disebabkan menerima banyak tontonan serta komen-komen dari pengikutnya, Zulin telah membuka satu akaun Instagram khas untuk berkongsi video-video masakannya.

screen-shot-2018-03-23-at-1-52-56-pm

Sehingga kini, Instagram yang diberi nama @CikZulinKeDapur ini telah menerima lebih dari 3500 pengikut biarpun baru 2 jam diterbitkan.

SURIA mengakui setiap kali melihat Zulin memuatnik video masakannya di Instagram, memang terliur dibuatnya. Terus rasa macam nak masak juga.

Bagulah tu Zulin, sekurang-kurangnya Zulin dapat memupuk minat anak-anak muda terutamanya wanita untuk rajin ke dapur. Lagipun makanan yang dimasak Zulin semua sedap-sedap belaka. Ini betul bukan propa ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!