72249

Zulin Aziz Sedia Dibuli - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penyampai radio Suria Zulin Aziz telah terpilih untuk menjadi salah seorang pengacara yang akan mengendalikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0

Zulin bakal bergandingan dengan pengacara berpengalaman yang terkenal iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Kak Ogy) dan juga Faizal Ismail (FBI)

_20170505_113239

Zulin sewaktu ditemui di acara Pra-Kemuncak ABPBH berkata beliau sudah bersedia untuk ‘dibuli’ oleh dua seniornya itu.

Namun jangan salah sangka, Zulin menjelaskan mungkin itu karakter yang akan dibawanya memandangkan zulin yang paling junior di antara mereka bertiga.

“Alhamdulillah saya sangat selesa bekerja dengan mereka” jelasnya.

_20170505_113250

 

Zulin turut mengakui beliau agak gementar untuk bergandingan dengan Kak Ogy dan FBI kerana kedua-duanya mempunyai resume yang kuat dalam mengendalikan anugerah berprestij.

Namun Zulin mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif serta menyerap aura kedua-dua pengacara itu untuk lebih berjaya.

_20170505_113500

Zulin juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila dipilih bagi mengendalikan ABPBH yang dianggapnya sebagai salah satu pencapaian terbesar dalam karier pengacaraannya.

 

“Saya berasa amat bangga apabila dipilih untuk menjadi salah seorang pengacara untuk anugerah sebesar ini kerana ini adalah antara impian saya sebagai seorang pengacara dan akhirnya bakal menjadi kenyataan”.

Bukan hanya sekadar tampil sebagai pengacara, Zulin juga turut tercalon untuk merebut anugerah kategori Artis Versatil Popular.

Tahniah kami ucapkan kepada Zulin kerana berjaya terpilih sebagai salah seorang pengacara untuk anugerah berprestij ini dan kami di Suria mendoakan semoga Zulin terus sukses.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!