72074

Zulin Aziz tampil dengan lagu sendiri yang ada suara Ahya di dalamnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

zulin-aziz-pic

Dalam diam, penyampai radio SURIA sekali lagi membuat kejutan buat para peminatnya apabila melancarkan sebuah single bertajuk ‘Terbiar’. Lagu ciptaan Aiyad Sakti dan Ijoo itu merupakan sebuah karya berkonsep Bossanova yang mempamerkan kemampuan vokal Zulin. Malah di dalam lagu ini, ada juga suara seorang lelaki dan Zulin mengatakan pemilik suara tersebut adalah temannya, Ahya, anak kepada pelakon Normah Damanhuri.

img_0689

Zulin yang kini semakin dikenali sebagai penyampai radio di SURIA turut memberitahu bahawa dia tidak pernah menjangka yang dia akan mengeluarkan lagunya sendiri, apatah lagi bergelar penyanyi. Namun dia sangat bersyukur atas rezeki yang telah dikurniakan Tuhan.

“Setelah beberapa tahun bergelar pelakon, pengacara,dan kini penyampai radio,saya anggap peluang untuk menghasilkan lagu ini sebagai satu lagi pintu rezeki untuk saya. Kadang-kadang bila mengacara majlis korporat mereka minta pengacara menyanyi, dan daripada saya menyanyi lagu orang lain, lebih baik saya nyanyi lagu saya sendiri. Dan sekarang saya sudah pun ada lagu sendiri,” jelas Zulin semasa pelancaran lagu ‘Terbiar’ di pejabat Warner Music Malaysia.

Bila ditanya apa pendapatnya jika ada orang mempersoalkan kenapa lagunya dimainkan di stesen radio tempat dia bekerja, Zulin menjelaskan itu perkara biasa.

“Ada beberapa penyampai radio lain yang pernah keluar dengan lagu sendiri, dan stesen radio di mana mereka bekerja masih memainkan lagu-lagu tersebut. Jadi tak salahlah kalau tempat kerja saya memainkan lagu saya. Kalau stesen radio lain tak nak mainkan lagu saya pun saya tak kisah. Sebab saya faham yang saya juga bergelar penyampai radio di stesen saingan. Tapi kalau mereka sudi memutarkan lagu saya, Alhamdulillah. sudah tentu saya alu-alukan,” jelasnya lagi.

img_0686

Zulin juga telah mengarah dan menyunting klip video lagu ini kerana ingin memuaskan hatinya sendiri. Pelancaran lagunya turut dihadiri oleh rakan-rakan penyampai SURIA lain yang sama-sama memberikan sokongan buatnya. Single ‘Terbiar’ kini boleh didapati di semua platform digital seperti iTUnes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!