87179

Zulin Aziz Temui Cinta Selepas Solat Tahajjud - Suria FM - Segalanya Hiburan

7 tahun beliau membiarkan hatinya terbiar tidak berpenghuni, namun pada satu malam ‘ajaib’ tiba-tiba pintu hati wanita kental ini terbuka luas untuk menerima kehadiran insan bergelar lelaki.

Beberapa hari yang lalu saya telah menunaikan solat sunat Tahhajud di malam hari. Saya ada memohon supaya ditemukan dengan lelaki yang baik yang boleh menerima saya seadanya dan membimbing saya ke jalan Allah.

Usai solat tiba-tiba saya mendapat mesej dari seorang jejaka yang telah lama saya kenal. Dia juga baru selesai bertahajjud. Dan pada ketika itulah dia mengajak saya untuk berkahwin.

Sejujurnya saya mengenalinya sudah lama, tetapi saya tidak merasakan ‘perasaan’ itu pada waktu itu. Mungkin kini hati saya sudah benar-benar redha dan pasrah untuk menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

Saya mengganggap kebetulan kami bersolat Tahajjud pada waktu yang sama sebagai petunjuk dari yang maha Esa mungkin dialah lelaki yang terbaik untuk saya“, ceritanya.

Kata Zulin, jejaka berkenaan berasal dari negara seberang. Mereka berkenalan sewaktu Zulin sering ke Jakarta dulu untuk urusan perniagaan. Namun Zulin belum mahu mendedahkan nama jejaka berkenaan kerana mahu menunggu waktu yang sesuai.

Ditanya apakah yang mebuatkan Zulin menerima lamaran jejaka berkenaan, katanya ibunya pernah berpesan pilihlah lelaki yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayanginya.

Saya pernah gagal banyak kali dalam bercinta. Saya selalu jumpa orang yang salah dan banyak yang hanya nak main-main dengan saya. Saya juga pernah tolak cinta jejaka ini. Tetapi saya nampak kesungguhannya”, jelasnya.

Dikhabarkan jejaka bertuah itu merupakan seorang ahli politik di Indonesia dan beliau sudah lama mengenali Zulin serta menerima Zulin apa adanya. Keluarganya juga berasal dari orang yang baik-baik dan berpelajaran tinggi.

Aduh, tiada apa lagi yang mampu SURIA katakan melainkan doa yang terbaik untuk Zulin. 7 tahun membiarkan hatinya terumbang ambing di lautan cinta yang tidak pasti, akhirnya pintu hati Zulin telah diketuk oleh jejaka dari seberang.

SURIA doakan semoga segala urusan Zulin dalam menuju ke arah cinta sejati dipermudahkan laluannya oleh yang maha Esa. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak Zulin.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!