84834

Zulin Aziz Teruja Dapat Main Salji Di Pulau Jeju - Suria FM - Segalanya Hiburan

Suria Malaysia dengan kerjasama Air Asia X dan Jeju Tourism Organization telah diterbangkan khas ke Pulau Jeju Korea Selatan sempena dengan penggambaran muzik video Akim & The Majistreet dan juga program travelog.

Travelog yang diberi nama ‘Kembara Lagu Untuk Laila’ sempena dengan lagu ‘Lagu Untuk Laila’ ini bakal membawa anda melihat keindahan panorama serta tempat-tempat menarik dan bersejarah di Pulau Jeju.

whatsapp-image-2018-01-15-at-5-44-45-pm

Program travelog ini dihoskan oleh penyampai Suria Pagi iaitu Zulin Aziz. Rasanya ramai yang sedia maklum Zulin seorang peminat drama Korea dan sering memuatnaik video parodinya di Instagram. Jadi peluang ke Korea pastinya memberikan keterujaan padanya.

Sewaktu penggambaran kembara ini dilakukan, Pulau Jeju masih mengalami musim sejuk dan juga bersalji. Suhu kebiasaaan sekitar 6 darjah selsius namun jika bersalji ia boleh menurun sehingga -6.

whatsapp-image-2018-01-15-at-5-43-58-pm

Keterujaan jelas terpancar di wajah Zulin tatkala salji mula turun memenuhi segenap ruang yang ada di bumi Jeju. Kata Zulin inilah kali pertama dia berpeluang untuk bermain salji.

“Saya sering ke Korea tetapi lebih kerap ke Seoul. Di sini pemandangannya sangat cantik, udaranya sangat bersih malah saya berasa sangat tenang berada di sini”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-01-15-at-5-43-58-pm-4

Diminta untuk menamakan satu tempat paling menarik di Pulau Jeju, sukar untuk Zulin menamakannya kerana baginya semua tempat sangat menarik dan berbaloi untuk dilawati.

Namun katanya tempat yang paling digemarinya adalah tempat yang bersalji seperti di Gunung Hallasan dan Saryeoni Forest. Gunung Hallasan merupakan gunung yang tertinggi di Korea.

whatsapp-image-2018-01-15-at-5-43-58-pm-5

Tambah Zulin lagi, berat badannya sempat turun sewaktu berada di Pulau Jeju kerana sering melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bukit.

“Disini saya banyak mendaki bukit. Malah sewaktu saya mendaki kawah gunung berapi ketika di Seongsan Ilchulbong seluar saya menjadi longgar”, katanya berseloroh.

whatsapp-image-2018-01-15-at-6-03-19-pm

Zulin turut merasai pengalaman ala-ala dalam babak drama popular Korea saat berkunjung ke Maze Land dan juga ladang limau tangerin. Malah dia sempat memuatnaik video di Instagramnya berlatarbelakangkan lagu runut bunyi drama-drama popular Korea yang menjalani penggambaran di Pulau Jeju.

Boleh kurus main benda ni 😅 #themaze

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Bagi peminat barangan kosmetik dari Korea, anda pasti teruja tatkala berkunjung ke Jeju Innisfree House yang menawarkan pelbagai rangkaian kosmetik popular ini pada harga yang sangat berpatutan. Disini anda juga berpeluang untuk menghasilkan sabun sendiri.

whatsapp-image-2018-01-16-at-11-35-43-amSalah satu tarikan terbaru di Pulau Jeju ialah Jeju Play KPOP Museum yang pasti akan membuatkan peminat muzik KPOP teruja ke tahap paling maksima. Kecanggihan teknologi di sini pasti akan membuatkan mulut anda ternganga tatkala melihat superstar Kpop kesayangan anda berdansa bersama anda sewaktu menyaksikan konsert hologram. Bagaikan realiti, itulah yang terjadi kepada Zulin tatkala berpeluang menari bersama G-Dragon.

https://www.instagram.com/p/Bdr3NoSAz9M/?hl=en&taken-by=zulinaziz

Terlalu banyak tempat serta kenangan yang menarik sepanjang lima hari Kembara Lagu Untuk Laila di Pulau Jeju. Jangan lupa untuk saksikan aktivit-aktiviti menarik yang dilakukan Zulin Aziz sepanjang berada di Pulau Jeju di SURIA TV yang bakal menemui anda kelak. Terus perhatikan ruang maya media sosial SURIA.MY, Facebook dan Instagram Suria Malaysia untuk ikuti lebih banyak kemas kini terkini Kembara Lagu Untuk Laila.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!