72659

'"Zulin Seorang Yang Sangat Baik" – Normah Damanhuri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri mengakui bahawa penyampai segmen Suria Pagi, Zulin Aziz adalah seorang yang sangat baik.

Sebelum ini bertebaran gosip tentang hubungan Zulin dan anak lelaki Normah iaitu Ahya yang dikatakan bercinta.

screen-shot-2017-10-04-at-11-36-31-am

Ahya adalah seorang model terkenal di Malaysia dan juga seorang pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera.

Diminta untuk mengulas tentang prkara ini, pelakon berbakat besar ini berkata, beliau sebenarnya tiada hak untuk menentukan siapa pilihan mereka. Sebelum ini, adik beradik Ahya pun buat pilihan sendiri.

“Siapa pun pilihan mereka, saya doakan kebahagiaan dan kebaikan anak. Begitu juga Ahya. Terpulang kepadanya dalam soal hati”, jelasnya.

screen-shot-2017-10-04-at-11-37-13-am

Normah berkata, dia tidak pernah memaksa anak dalam menentukan pasangan hidup.

“Tak ada istilah nak kawal. Dia kena berkawan dengan si polan itu dan ini. Sesiapapun pilihan Ahya pada masa mendatang untuk dijadikan isteri, saya setuju. Ini termasuklah kalau pilihannya itu Zulin. Siapa jodoh dia saya terima”, katanya.

screen-shot-2017-10-04-at-11-45-01-amBertanya sejauh mana anaknya itu serius menjalin hubungan? Normah berkata:

“Soal jodoh atau hal ini susah nak saya rungkai. Salah cakap nanti jadi cerita lain.

“Cuma saya lihat Zulin seorang yang sangat baik. Saya sukakan dia. Dia anak yang baik. Cuma dalam soal pilihan, terpulang pada Ahya.

“Mengikut apa yang mereka kata, hanya kawan rapat. Sejauh mana itu susah nak cakap. Saya sendiri tunggu Ahya bukan mulut siapa dia suka. Dia cakap siapa yang berkenan. Boleh saya hantar rombongan meminang,” katanya.

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!