90092

Zynakal Menggigil Tak Sangka MV Single Pertama Cecah 1 Juta Tontonan Di Youtube - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi baru Zynakal yang baru sahaja melancarkan single pertamanya yang berjudul Terbang 6 hari lalu tidak menyangka muzik videonya telah mendapat tontonan melebihi 1 juta dalam masa kurang seminggu di Youtube.

Lagu Terbang yang dicipta oleh gabungan Sufian Shuhaimi, Faiz Ruzaini, Sabbala dan lirik sepenuhnya oleh Zynakal sendiri itu telah dilancarkan di Colombo Sri Lanka pada 19 September 2018 yang lalu.

Zyn ketika dihubungi SURIA berkata dia sangat-sangat tidak menyangka dan terkejut apabila mengetahui muzik video single pertamanya akan mendapat jumlah tontonan 1 juta dalam masa 6 hari.

“Saya agak teruja sampai tahap tangan menggigil. Hari ini saya bangun lambat sedikit kerana semalam ada urusan. Saya bangun tidur sahaja saya dikejutkan dengan perkataan ‘Zyn muzik video kau telah capai 1 juta’. Saya terlalu terkejut sampai tak tahu nak cakap apa”, jelasnya teruja.

 

Zyn juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya termasuklah rakan-rakan artis, peminat dan juga pihak media yang banyak membantunya sehingga berjaya mendapat jumlah tontonan melebihi 1 juta.

Tahniah diucapkan kepada Zynakal! Semoga muzik video Terbang akan mendapat lebih banyak jumlah tontonan dari masa ke semasa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!