87884

2 Gergasi Bola Sepak Terpaksa Pulang Awal - Suria FM - Segalanya Hiburan

Peminat bola sepak di seluruh dunia dikejutkan dengan kekalahan dua pasukan bola sepak handalan iaitu Argentina dan Portugal di pusingan kalah mati Piala Dunia 2018.

Lebih menyedihkan dua gergasi bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi terpaksa pulang awal dan hanya mampu berputih mata untuk menjulang Piala Dunia 2018.

Argentina tewas 3-4 kepada Perancis manakala Portugal pula tewas 1-2 kepada pasukan Uruguay sekaligus menempah tiket pulang kepada dua pasukan kegemaran ramai itu.

Ramai peminat kedua-dua bintang itu berduka cita dengan kekalahan pasukan Argentina dan Portugal.

Nampaknya semakin banyak pasukan kegemaran ramai sudah pulang awal. Terdahulu Jerman juga sudah tersingkir dalam perlawanan sengit menentang Korea Selatan. Terbaru Sepanyol juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 2018 apabila tewas kepada tuan rumah Rusia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!