85177

5 Bakal Raja Bollywood Yang Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dunia perfileman Bollywood sering menjadi tumpuan bukan kerana filem-filemnya yang membuai perasan tetapi juga pelakon-pelakon yang menggalas peranan sebagai hero Bollywood.

Sekian lama dunia Bollywood dikuasai oleh ‘Khan’ antaranya Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan dan Saif Ali Khan. Filem-filem lakonan aktor-aktor ini sering mendapat kutipan Box Office.

Di awal tahun 2000, muncul hero baru dengan wajah yang kacak dan bertubuh sasa iaitu Hrithik Roshan yang dikatakan bakal menggugat kedudukan ‘Khan’. Dengan wajah tampan serta gerak tubuh yang menggiurkan tatkala menari membuatkan ramai yang gila bayang terhadapnya.

Keunggulan bintang-bintang ternama ini masih kekal sehingga ke hari ini. Malah ada yang beranggapan mereka ini suka ditumbangkan.

Namun kini lebih banyak bintang baru yang muncul dan diangkat sebagai hero di layar perak. Berikut merupakan senarai 5 aktor generasi baru yang dikatakan bakal mewarisi takhta Raja Baru Bollywood :

1 Ranbir Kapoor

ranbir-kapoor-story_647_122317124043

Merupakan anak kepada pelakon popular iaitu Rishi Kapoor dan juga sepupu kepada Karishma dan Kareena Kapoor. Wajah kacak Rabir sering menjadi kegilaan wanita termasuklah aktres Bollywood sendiri yang sering mengidam untuk berlakon di sampingnya. Memulakan karier lakonan dengan filem Saawariya arahan Sanjay Leela Bhansali, nama Rabir mula menjadi sebutan sebagai pelapis Raja Bollywood. Filem-filem lakonannya sering mendapat kutipan Box Office. Malah kisah cintanya bersama Deepika Padukone dan Katrina Kaif sering menjadi perhatian media Bollywood. Tahun lalu Ranbir berpeluang berlakon bersama Aishwarya Rai dalam filem Ae Dil Hai Mushkil yang mendapat kutipan pecah panggung.

2. Ranveer Singh

bollywood_actor_ranveer-singh-with-beard_new-style_4

Wajah tampan persis ‘bad boy’ sering menjadi identitinya. Filem Gunday lakonannya bersama Arjun Kapoor dan Priyanka Chopra menjadikan Ranveer bintang popular Bollywood dalam sekelip mata. Watak samseng yang dimainkannya benar-benar berkesan. Wajahnya yang tampan serta tubuh yang sasa sering menjadi dambaan wanita. Tuah sekai lagi menjadi miliknya apabila dipilih oleh pengarah Sanjay Leela Bhansali untuk membintangi filem Ram Leela bersama Deepika Padukone. Ranveer terus mendaki puncak populariti apabila filem keduanya bersama Sanjay Leela Bhansali iaitu Bajirao Mastani menjulang namanya sebagai aktor hebat Bollywood. Tahun ini sekali lagi Ranveer dijulang melalui watak antagonis yang dibawakannya dalam filem ketiganya bersama Sanjay Leela Bhansali iaitu Padmavat. Ranveer juga sedang berpacaran bersama superstar Bollywood iaitu Deepika Padukone.

3. Varun Dhawan

duyay4yvqaaxnyhPopularitinya mula meledak sejurus selepas membintangi filem arahan Karan Johar berjudul Student Of The Year di samping Aalia Bhatt dan Siddhart Malhotra. Membawakan watak sebagai pelajar kacak dan kaya membuatkan Varun terus digilai wanita. Selepas kejayaan filem Student Of The Year pelbagai tawaran yang diterima Varun. Dipilih menjadi adik kepada Shah Rukh Khan dalam filem popular Dilwale menjadikan Varun terus mencipta populariti di seluruh dunia.

4. Sushant Singh Rajput

sushantkendallvogue

Pelakon kacak ini mula mencuri perhatian selepas membintangi filem Kai Po Che pada tahun 2013. Namun nama Sushant meledak popular selepas beliau membintangi filem biopik M.S Dhoni The untold Story membawakan watak lagenda pemain kriket Mahendra Singh Dhoni. Sushant dipuji melambung untuk filem itu dan mendapat kutipan pecah panggung. Tahun lalu gambar beliau dirakam oleh jurugambar fesyen terkenal dunia Mario Testino untuk penggambaran majalah Vogue India bersama Kendall Jenner. Kini beliau sedang berpacaran dengan aktres baru Bollywood iaitu Kriti Sanon.

5.Siddharth Malhotra

smeeSama seperti Varun, Siddharth juga membuat kemunculan pertamanya menerusi filem Student Of The Year. Wajah kacaknya menjadi kegilaan wanita lantas sering menjadi pemilihan pengarah untuk membintangi filem-filem mereka. Siddharth turut menyerlah dalam filem Kapoor And Son dimana beliau sekali lagi bergandingan dengan pasangannya dalam filem Student Of The Year iaitu Aalia Bhatt. Tahun lalu beliau muncul dengan filem Baar Naar Dheko bergandingan dengan superstar Bollywood Katrina Kaif.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!