72577

5 Perkara Yang Trending Sepanjang Sukan SEA 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah pun melabuhkan tirainya. Temasya sukan kali-29 itu telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada Malaysia kerana telah menjadi juara keseluruhan dengan pungutan pingat terbanyak …

Sepanjang temasya yang berlangsung hampir 2 minggu itu, pelbagai perkara menarik telah berlaku yang menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular di media sosial.

Suria senaraikan Top 5, perkara yang ‘trending’ sepanjang berlangsungnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

1. RIMAU ( Si Pencuri Hati)

screen-shot-2017-09-05-at-12-43-37-pm

Maskot Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini telah berjaya mencuri tumpuan seluruh peminat sukan tanah air. Telatah lucu RIMAU sering mencuit hati netizen sehingga tular di media sosial.

screen-shot-2017-09-05-at-12-42-54-pm

2. YB Khairy Jamaluddin ( Abah di hati rakyat Malaysia)

screen-shot-2017-09-05-at-12-52-43-pm

Tidak semena-mena gelaran Abah menjadi ‘trending’ sepanjang Sukan SEA berlangsung. Ramai yang memuji kesungguhan Khairy dalam melaksanakan temasya Sukan SEA ke 29 dengan jayanya.

screen-shot-2017-09-05-at-12-54-36-pm

Turut membanggakan negara apabila beliau turut menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara ekuestrian.

Foto Ehsan BERNAMA
Foto Ehsan BERNAMA

3. Prince Mateen (Putera Idaman Wanita)

screen-shot-2017-09-05-at-12-59-01-pm

Seperti yang diduga, rakyat Malaysia bagaikan terkena histeria saat bertemu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih popular sebagai Prince Mateen.

screen-shot-2017-09-05-at-12-57-13-pm

Putera kesepuluh Sultan Brunei Darussalam itu mewakili negara Brunei dalam acara ekuestrian.

screen-shot-2017-09-05-at-12-57-53-pm

Foto-foto rakyat Malaysia yang merakam gambar bersama putera kacak ini menjadi tular di media sosial.

4. Thanabalan (Hero Baru Bola Sepak)

screen-shot-2017-09-05-at-1-02-23-pm

Penjaring gol pasukan bola sepak Malaysia, Thanabalan diangkat sebagai hero baru dalam arena bola sepak Malaysia. Siapa dapat lupa tandukan padu beliau yang menembusi gawang gol pasukan Indonesia sewaktu perlawanan separuh akhir hingga melayakkan Malaysia ke peringkat akhir.

screen-shot-2017-09-05-at-1-03-43-pm

5. Haziq Nadzli (Penyelamat Gol Yang Tak Didendang)

30-haziq

Nama penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia ini menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia di penghujung temasya Sukan SEA gara-gara cubaan beliau untuk menyelamatkan gawang gol dengan menumbuk bola masuk ke gawang gol sendiri.

41504080008_bola

Kesalahan itu telah memberi mata kepada pasukan Thailand lantas mengangkat mereka sebagai pemenang pingat emas. Pelbagai kecaman dilemparkan kepadanya namun masih ada ramai yang memberi kata-kata semangat untuknya termasuklah para selebriti tempatan. Jangan berputus asa ya Haziq! Suria bersama mu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!