72816

Aedy Ashraf Hanya 'Teman Lelaki Upahan' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung majlis pelancaran muzik video lagu Pematah Hati dendangan Nabila Razali.

Sewaktu pelancaran muzik video itu, Nabila telah mendedahkan kisah ‘cinta’ dirinya bersama dengan pelakon Aedy Ashraf yang turut berlakon dalam muzik video berkenaan.

Kata Nabila, selama ini segala gambar yang dimuatnaik di akaun sosial medianya adalah bertujuan untuk promosi muzik video berkenaan termasuklah video dirinya menangis.

screen-shot-2017-11-30-at-12-29-05-pm

Namun Nabila menyangkal bahawa dirinya cuba untuk menipu peminat di luar sana.

“Saya tak rasa saya tipu peminat sebab sebelum ini saya tak pernah pun mengatakan yang saya bercinta atau putus cinta dengan dia. Saya tak pernah sebut apa-apa nama pun. Cuma dari gambar yang saya muatnaik orang membuat spekulasi”, jelasnya.

screen-shot-2017-11-30-at-12-30-29-pm

Tambah Nabila lagi, biarpun publisiti ini sedemikian rupa, namun ia berjaya menjadi buah mulut orang.

Ditanya kenapa dia memilih Aedy sebagai pelakon dalam muzik videonya kata Nabila jejaka berkenaan ada kriteria yang dicarinya.

Muzik video Pematah Hati telah diarahkan oleh dua orang pemuda yang berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.

https://www.instagram.com/p/Bb0eYiWnN5_/?hl=en&taken-by=nabila.razali

Konsep muzik video berkenaan adalah idea dari mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

https://www.instagram.com/p/Bb0eYiWnN5_/?hl=en&taken-by=nabila.razali

Walaupun baru 24 jam dimuatnaik di Youtube, namun muzik video berkenaan telah mendapat jumlah tontonan melebihi 400,000 kali sehingga menjadi Trending di Youtube.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Nabila Razali. Lain kali jangan patahkan hati peminat tau! kesian mereka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!