72595

AF Megastar Didominasi Peserta Lelaki - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung konsert AF Megastar Homecoming yang kedua di mana sekaligus menyaksikan pemilihan 12 peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

 

Menariknya untuk AF Megastar, top 12 telah didominasi oleh peserta lelaki. Hanya empat sahaja peserta perempuan yang terpilih iaitu Idayu, Marsha, Adira dan Indah.

 

screen-shot-2017-09-11-at-8-03-18-am

Lapan lagi peserta lelaki yang terpilih ialah Syamel, Shahir, Amir Jahari, Bob, Azhar, Ewal, Sufie dan Amir.

Daripada lapan bekas juara yang berentap di konsert homecoming, hanya tiga sahaja juara yang terpilih iaitu Amir, Shahir dan Sufie.

screen-shot-2017-09-11-at-7-51-22-amscreen-shot-2017-09-11-at-7-53-02-am

Di media sosial ramai juga yang mempersoalkan tentang pemilihan peserta top 12 yang tidak seimbang.

screen-shot-2017-09-11-at-8-12-14-am

Ada yang merasakan ada beberapa lagi peserta wanita yang lebih layak untuk berada dalam kelompok 12 teratas.

screen-shot-2017-09-11-at-8-13-03-am

Malah ada yang berpendapat bahawa ada diantara 12 peserta yang terpilih itu tidak layak untuk mara ke peringkat seterusnya.

screen-shot-2017-09-11-at-8-07-35-am

Apa-apa pun keputusan siapa yang layak ke top 12 telah dipilih dan diadili oleh juri professional iaitu Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan Ziana Zain.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!