72638

Aiman Tino Nafi Ditangkap Khalwat - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-27-at-11-09-21-am-1

Penyanyi remaja popular, Aiman Tino menafikan dirinya ditangkap khalwat bersama seorang gadis di dalam kereta.

Berita mengenai Aiman Tino ditangkap khalwat telah tular di media sosial apabila sebuah blog telah menulis tentang perkara itu.

Melalui gambaran yang diberikan antaranya salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu 31, jelas menunjukkan artis itu adalah Aiman.

Aiman yang mengetahui tentang berita itu nyata terkejut dan menafikan berita palsu itu.

“Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini dari peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya.

Saya sedang lepak bersama kawan-kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu. Jadi bagaimana boleh timbul cerita tangkap khalwat pula?

Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya”, jelas Aiman.

Tambah Aiman lagi, keluarganya tahu bahawa perkara ini tidak benar kerana dia masih tinggal bersama keluarganya.

whatsapp-image-2017-09-27-at-11-09-21-am

Namun kata Aiman dia enggan melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan dirinya dari patah semangat.

Sabarlah Aiman, di zaman sekarang ini memang fitnah sering berleluasa. Kepada yang menyebarkan fitnah, ingatlah balasan Tuhan itu pasti.

 

sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!