84822

Aiman Tino Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records - Suria FM - Segalanya Hiburan

aiman-tino-cover-new

Penyanyi remaja popular Aiman Tino telah tersenarai di dalam Malaysia Book Of Records kerana muzik video lagu Ku Rela Dibenci telah menjadi video Paling tinggi tontonan di YouTube.

Setakat ini, video lagu hit berkenaan telah berjaya mendapat jumlah tontonan melebihi 42 juta.

Aiman sewaktu diminta untuk mengulas tentang perkara ini berkata dia sangat terkejut dan tidak menyangka namanya akan tersenarai di dalam Malaysia Book Of Records.

Lagu Ku Rela Dibenci adalah lagu pertama yang memperkenalkan Aiman Tino di dalam Industri muzik Malaysia dan pernah tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu.

Sesi pengiktirafan itu akan dilakukan secara rasmi pada 16 Januari depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 17 JANUARY 2017. (UTK SYARIZUAN BH SHJ) Penyanyi, Aiman Tino. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

 

SURIA turut berbangga dengan pencapaian bintang muda ini. Semoga lebih banyak lagi kejayaan yang akan mengiringi perjalanan karier Aiman Tino.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!