72855

Aishah & Liza Hanim Definisi Sebenar Bintang Kembali Menyengat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam berakhirlah sudah Gegarvanganza musim keempat di mana menyaksikan penyanyi hebat Aishah dinobatkan sebagai juara.

Aishah medahului dengan markah sebanyak 81 sekaligus menjadikan pesaing terdekat beliau iaitu Liza Hanim berada di posisi naib juara dengan markah sebanyak 79 peratus.

 

screen-shot-2017-12-18-at-10-40-22-am

Kehebatan Aishah pada malam itu tidak dapat disangkal lagi apabila berjaya membawakan lagu All By Myself daripada Celine Dion dengan begitu baik sekali. Lebih mengejutkan apabila Aishah mampu rap dengan baik menerusi lag duet Supergirls nyanyian asal kumpulan De Fam.

Namun laluan Aishah untuk meraih gelaran juara bukanlah mudah, beliau dicabar oleh kemantapan persembahan vokal oleh Liza Hanim. Seperti Aishah, Liza juga memukau penonton dengan kehebatannya menyanyikan lagu rap dengan begitu baik sekali.

Kedua-dua mereka begitu hebat sehingga memberikan persembahan yang diluar jangkaan penonton. Buktinya markah mereka cuba berbeza dua mata sahaja.

Tempat ketiga pula disandang oleh Lan dengan markah 70.4 peratus manakala Hazami pula di tempat keempat dengan markah sebanyak 70 peratus.

Hazami yang sering berada di kedudukan teratas setiap minggu terpaksa akur dengan kehebatan Lan yang menggegarkan Studio Pinewood dengan persembahan mantap menyanyikan lagu Smell Like Teen Spirit dari Nirvana. Namun itu tidak bermakna Hazami tidak memberikan persembahan yang bagus. Buktinya markah mereka cuba berbeza 0.4 peratus.

screen-shot-2017-12-18-at-10-47-57-am

Tempat kelima disandang oleh peserta dari Indonesia iaitu Firman manakala Tia Jinbara terpaksa berpuas hati di tempat keenam.

screen-shot-2017-12-18-at-10-48-43-am

screen-shot-2017-12-18-at-10-49-19-am

Sebagai juara, Aishah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot, pakej percutian berserta barang kemas.

screen-shot-2017-12-18-at-10-43-44-amTahniah SURIA ucapkan kepada Aishah. Inilah yang dikatakan bintang kembali menyengat!

 

Kredit foto : Instagram Gegarvaganza & Kaki Foto by Rashidee Azman

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!