85051

AJL 32 Cemerlang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anugerah Juara Lagu edisi ke 32 (AJL32) telah pun berlangsung dengan jayanya pada malam semalam di mana menyaksikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini ciptaan Hael dan Ezra Kong dinobatkan sebagai juara.

Rata-rata yang menonton AJL32 semalam berpuas hati dengan keseluruhan persembahan yang diberikan.

Arena Axiata penuh dengan penonton di setiap sudut memberikan semula tenaga yang selama ini dilihat sedikit hilang dari malam kemuncak AJL.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-4

Persembahan pembukaan dari Stacy benar-benar membangkitkan ‘mood’ pada malam itu. Aksi lincah Stacy yang menukar 3 kali baju dan penampilannya di atas pentas telah memukau seluruh arena.

Kehadiran tiga orang supermodel tanah air iaitu Nasha Aziz, Aleeza kassim dan Tinie yang memperagakan busana serta trofi rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini telah menambah seri AJL32 yang membawa tema Fesyen Dan Muzik.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-8

Pentas AJL32 kali ini juga sangat gah. Lantai pentas yang menggunakan ‘LED’ telah memberikan impak luar biasa terhadap setiap persembahan.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-26-41-pm

Pemenang persembahan terbaik iaitu Altimet telah mengembalikan kegemilangan Etnik Kreatif apabila tambil mengenakan pakaian tradisional dan membawa sekumpulan penari dikir barat. Seluruh arena gamat dengan persembahan lagu Amboi.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-2

Paduan vokal dua penyanyi muda melontarkan bait-bait indah lirik lagu Aku Cinta iaitu Syamel dan Ernie Zakri telah berjaya memukau seluruh arena dengan kemantapan vokal mereka. Bak kata ketua juri iaitu Azmeer gabungan suara mereka merupakan ‘pitch perfect’ malah tiada satu pun bahagian yang sumbang. Selayaknya menjadi pemenang vokal terbaik untuk AJL32.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-7

Kredit harus diberikan kepada Ara Johari yang cuba memberikan persembahan yang terbaik biarpun sedang menahan sakit. Suara Ara dikatakan hilang sehari sebelum malam AJL32. Biarpun sedang menahan kesakitan, Ara tetap cuba memberi persembahan yang penuh beremosi.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-37-44-pm

Emosi pada malam itu terus berlarutan sehingga ke persembahan terakhir apabila Haqiem Rusli membuat persembahan Tergantung Sepi. Haqiem membawa sekumpulan pelajar ‘istimewa’ yang membuat pergerakan bahasa isyarat sewaktu dia mendendangkan lagu Tergantung Sepi. Kedengaran Haqiem seakan sebak di penghujung lagu tersebut kerana tersentuh.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm

Pujian juga harus diberikan kepada dua orang pengendali acara pada malam itu iaitu Sherry Al Hadad dan juga Alif Satar yang begitu cemerlang mengacarakan AJL32. Gandingan serasi mereka benar-benar menghidupkan suasana, malah sewaktu mengumumkan pemenang juga mereka sangat tenang dan tidak menjengkelkan.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-5

Seluruh arena bertukar menjadi lantai berdansa apabila persembahan penutup yang begitu meriah dan berwarna warni disampaikan oleh Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah Raissudin. Sesekali terasa bagaikan berada di Grammy Award melihat telatah artis-artis tempatan berdansa bersama.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-35-09-pm

Tahniah SURIA ucapkan kepada semua pemenang pada AJL32 dan juga kepada seluruh warga produksi kerana berjaya menerbitkan AJL yang cemerlang.

Berikut adalah senarai keseluruhan pemenang AJL32 :

JUARA LAGU : Jampi (Penyanyi Hael Husaini, Penulis Lirik/Komposer Hael Husaini & Ezra Kong

NAIB JUARA : Sejati (Penyanyi Azmi, Penulis Lirik/Komposer Faizal tahir & Mike Chan

KETIGA : Tergantung Sepi (Penyanyi Haqiem Rusli, Penulis Lirik/Komposer Gouffran & Ibnu

VOKAL TERBAIK : Aku Cinta (Penyanyi Syamel & Ernie Zakri)

PERSEMBAHAN TERBAIK : Amboi (Penyanyi Altimet)

Anugerah Penyanyi Pilihan SAMSUNG : Khai Bahar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!