72130

Akhirnya Nora dan Nedim Bersatu. - Suria FM - Segalanya Hiburan

fullsizerender

Semalam heboh di media sosial apabila kad undangan perkahwinan pelakon terkenal Nora Danish dan pasangannya Nedim Nazri dikatakan telah tersebar.

Pasangan sensasi itu dikatakan bakal melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 30 Mac Ini. Walau bagaimanapun kedua dua mereka masih belum membuka mulut mengenai berita Ini.

Harini menerusi Instagram milik penerbit filem Mejar David Teo, beliau telah memuat naik status mengucapkan tahniah kepada Nora dan Nedim atas pernikahan yang akan berlangsung Khamis Ini. Status Ini sekaligus mengesahkan bahawa pasangan ini bakal mengakhiri zaman solo mereka.

Nora dan Nedim yang masing-masing pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini telah di gosipkan bercinta beberapa tahun kebelakangan ini, namun mereka menafikan dengan mengatakan mereka hanya berkawan.

fullsizerender-2
Gambar ihsan Majalah GLAM

Namun spekulasi mengenai perkahwinan mereka mula bertiup kencang selepas Nora dikatakan telah memberi ‘hint’ kepada pihak media pada tahun lepas yang beliau akan menamatkan zaman solo dalam waktu terdekat.

Spekulasi ini menjadi semakin kuat apabila Nora muncul sebagai penghias muka hadapan majalah perkahwinan ‘Glam Wedding’ awal tahun ini.

Kami di Suria FM Ingin mengucapkan tahniah kepada Nora dan Nedim. Semoga segalanya berjalan lancar dan semoga perkahwinan kali ini kekal hingga ke anak cucu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!