72796

Aksi Bercium Wak Doyok & Teman Wanita Dikecam Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Personaliti fesyen yang kini bergelar pelakon, Wak Doyok telah mengejutkan pengikut di Instagramnya apabila dia memuatnaik gambar serta video dirinya bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Dalam video itu, kelihatan teman wanitanya itu mencium pipi Wak Doyok dan Wak Doyok membalas kembali ciuman itu sewaktu mereka meraikan hari lahir Wak Doyok.

Ruangan komen Instagram Wak Doyok dipenuhi dengan komen dari netizen yang mengecam tindakan Wak Doyok beraksi sebegitu.

screen-shot-2017-11-23-at-3-30-18-pm

Teman wanita Wak Doyok merupakan seorang model bernama Malika Askarova dan dipercayai sekarang tinggal di Jakarta Indonesia.

screen-shot-2017-11-23-at-3-31-31-pmWah kelas Wak Doyok dapat teman wanita model antarabangsa lagi. Ye la Wak pun terkenal di serta dunia dek misau dan jambangnya yang mengancam itu.

Kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput SURIA ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!