72171

Aksi Johan Smackdown Ozlynn Buat Netizen Pecah Perut! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap dalam hubungan suami isteri pasti akan terselit gurau senda bukan sahaja dapat menceriakan rumah tangga malah ia juga dapat mengeratkan kasih sayang antara dua belah pihak.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelawak, Johan dan juga isterinya iaitu Ozlynn yang sentiasa mencuit hati dengan aksi spontan mereka.

1171926_1676582902604137_1031498915_n

Semalam Ozlynn ada memuat naik video di akaun Instagram miliknya dan apa yang pasti video itu telah pun dirakam oleh anaknya sendiri.

Kita nih kaum hawa atau lebih jelas mak2 la yek.. senjata utama adalah mulut.. xkira pagi ptg siang malam.. ada jek benda yg nak dibebelkan.. boleh… bkn x boleh.. tp org kata biarlah berpada2 atau kena pd tempatnya.. jgn lah smp silap kecik pon dr pagi membawak ke mlm ungkitan tu.. kena mood laki korg ok.. dia diam jek la.. kena lak kt tmpt keje dia baru lepas kena maki ngan bos.. x ke lebam bijik mata ko.. bahaha tp kalau aku kt umah bebel tuh perkara biasa.. yg luar biasa bila suami ko amik tindakan meng”smackdown”kan ko tatkala ko tgh hangin… ok mungkin level korg ngan #familyhanania lain.. cer share yg lain tuh credit vid: abg ariq .. amboiiiii bkn main dia ngata mama n papa yek.. ( masa video nih sedang di upload abg ariq baru lepas kena smackdown ngan papa n mama sb curi2 record.. dan di sorak oleh adik badik hanania yg lain) P/S :video ini hanya rekaan semata2 tiada kena mengena antara jiran2, sedara mara atau kwn2 yg lain.. semoga enjoy… salam maghrib.. buat team @era_fm aku nak boikot korg.. sb korg kenalkan game wrestling kt laki aku.. skrg tgk apa dah jadikkkkk

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on Apr 11, 2017 at 4:26am PDT

Menerusi video itu, ia menampakkan Johan telah mengusti (wrestling) Ozlynn gara-gara sikap isterinya yang suka bercakap tanpa henti itu sehinggakan beliau terpanggil untuk melakukan sedemikian.

Rata-rata netizen yang melihat video itu turut terhibur dengan aksi mereka suami isteri dan beranggapan mereka adalah pasangan yang sangat sporting.

johan_9johan_1johan_3johan_4johan_5

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!