72587

Alicia Amin Yang Seksi Dan Kontroversi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima yang berasal dari Malaysia, Alicia Amin telah menggegarkan industri hiburan tanah air apabila foto-foto dirinya bergaya erotik menular di media sosial.

alicia-amin-03

Foto yang menunjukkan Alicia beraksi tanpa memakai pakaian dalam itu telah mendapat kecaman maha hebat dari netizen yang telah mempersoalkan tindakannya yang berani beraksi sedemikian walhal dirinya merupakan seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

 

alicia-amin-06

screen-shot-2017-09-07-at-12-50-31-pm

Sesi fotografi itu dikatakan berlaku pada tahun 2016 di Melbourne Australia.

Alicia yang kini mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi drama Meh Sandar Lagi ini telah meminta supaya netizen melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.

screen-shot-2017-09-07-at-12-39-38-pm

“Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.

“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya.

screen-shot-2017-09-07-at-12-40-15-pm

Dalam perkembangan karier seninya, Alicia ingin mengambil kelas lakonan untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang tersebut.

Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

“Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.

“Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu,” kata Alicia.

screen-shot-2017-09-07-at-12-56-00-pm

Meh Sandar Lagi terbitan Zeel Production disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam di TV3.

Semoga selepas ini Alicia lebih berhati-hati dalam memilih tugasan dalam bidang ‘modelling’. Bukannya apa, kerana kini bakatnya mula menyerlah dalam bidang lakonan. Andai digilap pasti Alicia boleh pergi jauh dalam bidang lakonan.

Sumber : Mstar Online (Terima Kasih MStar)

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!