85063

Altimet Bengang Dengan Iqram Dinzly? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Hip Hop Altimet yang baru sahaja memenangi Anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini telah mendedahkan sesuatu mengenai Iqram Dinzly di Twitter miliknya.

Dalam statusnya di Twitter, Altiment mendedahkan bahawa dia baru mendapat tahu yang Iqram mahu naik ke atas pentas sewaktu Altimet membuat persembahan tetapi petugas pada malam itu telah menahannya.

altimet_2

Tambah Altimet lagi, disebabkan itu sewaktu Iqram naik ke atas pentas sewaktu Hael membuat persembahan sebagai Juara, Altimet turun dari pentas untuk tidak keruhkan keadaan.

c4-671x261

Kata Altimet dalam muzik atau budaya Hip Hop adat mereka lain sikit. Jika tidak diundang ke atas pentas jangan sesekali untuk naik jika tidak mahu menjamah siku, kaki, dan buku lima.

Amboi nampaknya AJL kali ini bukan panas dengan isu keputusan juri, tetapi panas sebab Iqram ye. Amboi Amboi Amboi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!