72538

Alvin Chong Laung Azan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong yang popular menerusi drama Suri Hati Mr Pilot sekali lagi bakal membawakan watak sebagai seorang mualaf.

Menerusi drama terbaru ‘Awak Suka Saya Tak’, Alvin sekali lagi diberi kepercayaan untuk membawakan watak sebagai seorang mualaf tetapi kali ini tanggungjawabnya lebih besar kerana membawa peranan seorang hero disamping Emma Maembong.

screen-shot-2017-08-17-at-7-38-03-pm

Menurut Alvin, terdapat babak dimana menunjukkan dirinya sedang bersolat, membaca Al-Quran dan melaungkan azan.

“Watak ini sangat berat kerana saya merupakan seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendirinya. Banyak babak saya kena solat dan juga azan, tetapi babak itu akan dialih suara”, jelasnya.

screen-shot-2017-08-17-at-7-43-43-pm

Sebelum ini Alvin pernah dilanda kontroversi apabila beberapa dialognya seperti memberi salam di dalam drama Suri Hati Mr Pilot menjadi perdebatan netizen.

Saat ditanya adakah beliau sudah bersedia dihimpit kontroversi yang sama, kata jejaka kacak ini beliau sudah bersedia untuk dikritik.

screen-shot-2017-08-17-at-7-40-59-pm

Drama ‘Awak Suka Saya Tak’ dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti. Selain itu Alvin juga bakal muncul dengan siri realiti popular The House musim keempat bergandingan dengan Fattah Amin.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!