72127

Anak Angkat Azharina Meninggal Dunia Akibat Komplikasi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kami di SURIAfm ada menyiarkan artikel tentang keadaan anak angkat kepada penyanyi Azharina iaitu Rizqie Azharin Azhar yang berada dalam keadaan kritikal selepas menghidap beberapa komplikasi dalaman akibat demam panas.

ARTIKEL : Anak Angkat Azharina Berusia 22 Hari Kritikal Hanya Kerana……

Baru sebentar tadi kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan apabila Rizqie telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya.

anak

Berita ini juga telah disahkan sendiri oleh Azharina di akaun Instagram miliknya.

“Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang . Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini . Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kami di SURIAfm ingin mengucapkan takziah buat Azharina dan apa yang pastinya, adik Rizqie sudah pun menjadi anak syurga.

Kepada semua pembaca yang beragama Islam, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat adik Rizqie.

Al-Fatihah….

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!