114795

ANNA ALJUFFREY KINI PENYAMPAI SURIA FM - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengacara, Anna Aljuffrey atau nama sebenar Syarifah Nur Farhana Syed Talib diumum sebagai penyampai baru di Suria FM pada 14 Mac 2022. 

 

Diberi tanggungjawab mengendalikan segmen Suria Pagi Show bersama Anna J, Anna akan ke udara bermula 19 Mac ini setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

 

Menerusi segmen ini, pendengar akan dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu popular 90an dan terkini disamping perbincangan apa menarik dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, segmen bersama Anna J ini juga akan memberi peluang kepada pendengar setia Suria FM untuk berbual secara langsung mengenai topik harian dan memilih lagu kegemaran sendiri untuk dimainkan di radio.  

 

Menurut Pengurus Kanan Program Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, pihak Suria FM merasakan sudah tiba masanya untuk menambah barisan penyampai sedia ada dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama Suria dalam industri Radio di Malaysia. Selain Ajak, Fizi Ali, Suraya Borhan, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin, kemasukan Anna J merealisasikan impian Suria FM untuk terus menghimpunkan barisan penyampai radio yang berbakat, versatil dan serba boleh.

 

“Selain daripada menawarkan kandungan siaran yang lebih bervariasi, kali ini kami akan turut memberi tumpuan kepada segmen di hujung minggu dalam menambat hati pendengar sedia ada juga pendengar baru termasuk pihak penaja. Pemilihan Anna J amat bersesuaian dengan misi Suria di tahun 2022 ini, berbekalkan pengalaman beliau disamping gaya penampilan yang tersendiri, kehadiran Anna J dilihat mampu melengkapkan percaturan strategi Suria FM dalam bersaing secara proaktif dan agresif. Segmen ‘Suria Pagi Show Bersama Anna J’ yang akan keudara tentunya bakal menceriakan hujung minggu pendengar dengan kandungan yang lebih segar, informatif  dan interaktif.”

 

Menurut Anna pula, “Sudah sekian lama memasang impian untuk jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM dan merupakan pendengar setia Suria FM terutamanya Suria Cinta membuatkan Anna tidak menolak peluang yang ditawarkan,” kata Anna. 

 

Anna juga menambah, “Di Suria, Anna akan berusaha memenangi hati peminat setia ada Suria FM dan menarik minat lebih ramai pendengar muda dengan pengisian yang lebih segar dan terkini dengan menggunakan pendekatan media sosial dan segmen yang santai agar pendengar akan merasa lebih dekat dengan Anna.” 

 

Menyatakan dirinya bertuah kerana diterima baik sebagai ahli baru keluarga Suria FM, Anna turut berharap dapat belajar dan dibimbing oleh penyampai-penyampai Suria FM yang lain yang sudah lama berada dalam industri radio. 

 

Orang ramai masih berpeluang merebut sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM80,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi menerusi peraduan Berwang Suria Celllora di Suria FM sehingga 1 April 2022.

Dengarkan klip audio “Berwang Suria Celllora” di dalam lagu-lagu yang dimainkan dari sepanjang hari bermula jam 6.00 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyinya. Selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #BerwangSuriaCelllora ke WhatsApp Suria 017-8961053. 

 

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh merebut peluang menangi RM150 menerusi peraduan Teka Abear Karok di media sosial Suria Malaysia sehingga 3 April 2022. 

 

Ikuti akaun Instagram Suria Malaysia dan nantikan video Teka Abear Karok yang akan dimuat naik dua kali seminggu secara rawak.

 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!