72444

Ansel Elgort Peminat Durian! - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

ansel-elgort-tries-durian-2

Pelakon terkenal Hollywood Ansel Elgort yang pernah membintangi filem The Fault In Our Stars telah membuat ribuan peminatnya di Malaysia menjadi tidak keruan apabila beliau membuat kemunculan di Kuala Lumpur sempena promosi filem terbaru lakonannya, Baby Driver.

ansel-elgort-durian

Keterujaan peminat bertambah selepas melihat gambar Ansel bersiar-siar di Batu Caves menerusi akaun Instagramnya. Malah dia juga sempat memuatnaik foto dirinya dibalut bendera Malaysia semasa berada di situ.

1c1902a9-a271-486b-b51f-7da0c6621cc1

Lebih menarik Ansel turut memuatnaik gambar beliau sedang menikmati buah Durian menerusi aplikasi Insta Story.

ansel-bbydriver-newmusic-2

Sewaktu sesi bertemu media dan peminat, Ansel memberitahu bahawa beliau sangat menyukai buah Durian dan Nangka.

Beliau juga memuji Malaysia yang disifat sebagai negara yang cantik dan mempunyai penduduk yang ramah.

Untuk lebih banyak berita hiburan dan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!