72800

Artis Paling hiburan ABPBH 2016 Mahu Nikah Secara Tertutup - Suria FM - Segalanya Hiburan

Artis Paling hiburan Anugerah Bintang hiburan Berita Harian ABPBH 2016 iaitu Fattah Amin menjelaskan bahawa dirinya akan menikahi Nur Fazura yang juga pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita hiburan ABPBH.

Semalam kedua-dua pelakon itu telah mengumumkan pertunangan mereka dalam satu sidang media khas bagi menjelaskan segala persoalan.

Menurut Fattah, mereka berdua telah bertunang pada 13 November 2017 yang lalu.

img_20171123_185221

“Pada 13 November, keluarga saya telah menghantar rombongan untuk merisik dan seterusnya rombongan bertunang ke rumah keluarga Fazura. Alhamdulillah perjalanan majlis merisik dan bertunang itu telah selamat dijalankan”, jelas Fattah.

Fattah turut menjelaskan serta memohon kepada semua pihak supaya memberi mereka ruang untuk mengadakan majlis pernikahan nanti secara tertutup.

screen-shot-2017-11-24-at-3-29-14-pm

“Kat sini saya sekali lagi nak tekankan, di atas permintaan keluarga kami juga, kami minta sedikit ruang privasi untuk saya, Fazura dan keluarga kami untuk adakan majlis pernikahan secara tertutup”,  jelasnya.

Namun katanya jangan risau, kerana mereka akan adakan dua majlis resepsi untuk meraikan media dan peminat.

SURIA doakan semoga semuanya berjalan lancar dan jangan lupa jemput SURIA ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!