85195

"Aset Saya Adalah Ori, Bukan Sumbat Stoking" – Elly Mazlein - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penyanyi sensasi Elly Mazlein menafikan dakwaan beliau melakukan sesuatu pada ‘aset wanitanya’ semata-mata untuk kelihatan besar.

Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina ini berkata tiada sebab untuk beliau melakukan sesuatu pada payudaranya kerana anaknya Sefhia masih menyusu badan.

“Ini adalah original dan masih bersusu. Takkanlah Kak Lina nak buat sesuatu sedangkan anak Kak Lina masih menyusu badan. Ini juga mungkin kesan dari produk Lentik Dara di mana Kak Lina merupakan dutanya. Tiada istilah nak buat pembedahan atau sumbat stoking nak bagi nampak besar”, jelasnya sambil ketawa.

whatsapp-image-2018-03-14-at-12-50-05-pm-1

Elly juga tidak kisah andai ada pihak yang akan cuba untuk membandingkan perubahan bentuk fizikalnya yang dahulu dengan sekarang kerana setiap wanita akan melalui perubahan mengikut peringkat usia.

Ditanya adakah Elly tidak takut andai digelar sebagai simbol seks oleh netizen, katanya terpulanglah apa orang nak kata kerana mulut orang tidak boleh ditutup.

whatsapp-image-2018-03-14-at-12-50-05-pm

Terbaru Elly bakal menjadi hos untuk program realiti Mentor Otai bergandingan bersama Haziq.

“Kak Lina seronok diberi peluang untuk menjadi pengacara rancangan Mentor Otai bergandingan bersama Haziq. Yang penting Kak Lina akan menjadi diri sendiri di atas pentas.

Kak Lina juga sudah bersedia untuk menerima sebarang komen dan kritikan dari netizen. Yang mana yang baik kita ambil sebagai nasihat untuk memperbaiki diri”, jelasnya.

Selain menjadi pengacara Mentor Itai, Elly juga bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Teratai Kemboja dimana beliau membawakan watak antagonis di samping Adi Putra dan Fasha Sandha.

 

Kredit Foto : Kosmo

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!