72140

"Bau Ketiak Pun Dosa Besar Ke?" – Isteri Dato' Aliff Syukri Komen Tentang Netizen Yang…. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dua hari yang lalu pengasas produk kecantikan iaitu Dato’ Aliff Syukri sekeluarga telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjayakan ibadah Umrah.

screenshot2015-01-09at11-19-30pm

Baru-baru ini beliau ada memuat naik sebuah video melalui akaun Instagram miliknya dengan ‘mengenakan’ isterinya sendiri iaitu Datin Shahida apabila menyuruh isterinya menghidu bau ketiaknya ketika itu.

Walau bagaimanapun ada sesetengah netizen yang mula mengeluarkan komen dengan menyelar tindakan Dato’ Aliff yang seolah-olah tidak menghormati tempat dimana beliau sedang berada ketika itu.

Datin Shahida turut tampil dengan memberikan kenyataan tentang komen tersebut dan beliau mengharapkan agar orang ramai tidak cepat berfikiran negatif tentang suaminya.

1

Tidak kurang juga ada netizen yang hanya meninggalkan komen yang melabelkan Dato’ Aliff sebagai seorang yang kelakar dengan sifatnya yang sangat ‘nakal’ ketika bergurau bersama isterinya.

5234Walau apapun, video yang dimuat naik oleh Dato’ Aliff sememangnya sangat mencuit hati dan kami di SURIA juga turut tersenyum lebar apabila melihatnya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!