72422

Bayi Abby Abadi Meninggal Dalam Perut - Suria FM - Segalanya Hiburan

Takziah Suria ucapkan kepada Abby Abadi kerana telah kehilangan bayi yang dikandungnya selama lima bulan.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Abby ada berkongsi kisah duka bagaimana beliau kehilangan bayi yang dikandungkannya.

screen-shot-2017-07-10-at-7-35-10-pm

Menurut cerita yang ditulis Abby, sewaktu beliau melakukan pemeriksaan di klinik, doktor telah mengesahkan bahawa jantung bayinya sudah tidak berdenyut. Ini bermakna bayinya sudah meninggal di dalam kandungan.

unnamed-15unnamed-14

Disebabkan itu, Abby terpaksa melalui proses ‘mencuci’ perut untuk mengeluarkan bayinya yang dikatakan sudah cukup sifat itu.

Abby juga sempat meminta maaf kepada semua sebelum beliau dimasukkan ke wad untuk melakukan proses mengeluarkan bayi berkenaan.

unnamed-13

Semoga Abby dan keluarga tabah dengan ujian dari Allah s.w.t ini dan Suria doakan semoga Abby selamat melalui segala proses yang ditetapkan pihak hospital. Al-Fatihah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!