72079

'Belum Duduk Dalam Kubur Lagi' – Datuk Aliff Syukri Dikritik Netizen Akibat… - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pengasas produk kecantikan D’herbs iaitu Datuk Aliff Syukri sudah tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia dengan personalitinya yang sering kali memikat hati. Pasti ramai yang sudah tahu tentang rumah banglo milik Datuk Aliff yang terletak di Kota Damansara itu telah pun dijual kepada pengasas kosmetik, Nur Sajat dengan harga RM11 juta.

Foto Ihsan : Azhan.co
Foto Ihsan : Azhan.co

Buat sementara waktu, Datuk Aliff dan keluarga menginap di sebuah villa miliknya yang berkonsepkan ala-ala kampung bagi memberi masa kepada kontraktor untuk menyiapkan rumah barunya yang bernilai RM20 juta dan dijangka ia akan siap dalam beberapa bulan lagi.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap Datuk Aliff sebaik sahaja beliau memuat naik gambar beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan seolah-olah beliau kurang selesa tinggal di rumah yang hanya mempunyai lapan buah bilik sahaja.

Netizen menganggap bahawa kapsyen yang ditulis oleh Datuk Aliff seperti seorang yang riak dan tidak tahu erti syukur dengan apa yang sudah beliau ada jika dibandingkan dengan nasib sesetengah netizen yang serba serbi kurang.

Jom kita lihat antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruang komen gambar tersebut:

unnamed-1

unnamed

unnamed-3

unnamed-2Apa yang kami di SURIAfm boleh katakan adalah setiap manusia diberi rezeki yang berlainan dan kita seharusnya bersyukur dengan apa sudah kita ada. Masih ada netizen diluar sana yang hidupnya kekurangan jika dibandingkan dengan kita yang sudah memiliki segala-galanya.

Sumber : Instagram Datuk Aliff Syukri

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!