72612

Benarkah Angkara Khianat? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sekarang ini satu Malaysia sedang meratapi insiden kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut lebih dari 23 nyawa pelajar tahfiz termasuk dua orang guru.

Namun hasil dari siasatan awal pihak berkuasa, insiden kebakaran itu dikatakan bukan berpunca dari kejadian litar pintas.

Katanya mereka menemui dua tong gas di hadapan pintu asrama pusat tahfiz berkenaan.

Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

screen-shot-2017-09-15-at-12-19-29-pm

“Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

“Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

screen-shot-2017-09-15-at-12-18-58-pm

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata hasil siasatan mendapati kebakaran itu bukan berpunca dari litar pintas.

screen-shot-2017-09-15-at-12-21-30-pm

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

 

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

screen-shot-2017-09-15-at-12-17-45-pm

Semoga punca sebenar insiden dapat ditemukan segera dan marilah kita sama-sama berdoa supaya roh mangsa kebakaran di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

Sumber : BH Online, BERNAMA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!