72261

Berang Dituduh Mempergunakan OKU, Munif Hijjaz Luah Perasaan DI Facebook - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak dinafikan persembahan dari kumpulan Hijjaz memang ditunggu-tunggu peminat setia rancangan Gema Gegarvaganza yang disiarkan di saluran Astro.

Saban minggu Hijjaz tampil dengan persembahan yang memukau penonton.

_20170509_081200

Namun pada minggu lalu, kumpulan ini telah dikritik oleh netizen yang menonton gara-gara mereka membawa orang kurang upaya (OKU) di atas pentas sewaktu persembahan mereka.

18221682_10209930368076140_6803261080678623236_n

Hijjaz dituduh cuba mempergunakan OKU untuk meraih simpati penonton sewaktu melakukan tugasan minggu kelima menerusi lagu Rendang Tak Berbuah berduet bersama Lan Kristal.

_20170509_081240

Walaubagaimanapun komen netizen itu dibidas oleh salah seorang anggota kumpulan Hijjaz iaitu Munif.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Munif telah meluahkan rasa kesalnya terhadap komen netizen yang seolah-olah menyalahkan mereka walhal lelaki OKU yang bersama mereka itu adalah teman mereka.

screen-shot-2017-05-08-at-3-20-04-pm

screen-shot-2017-05-09-at-8-28-38-am

Munif Juga meminta mana-mana pihak yang tidak suka akan persembahan mereka untuk menukar saluran yang lain sewaktu mereka melakukan persembahan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!