85076

Berpisah Jua – Bapa Elfira Loy Akan Pulangkan Cincin Tunang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Desas desus yang mengatakan bahawa hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dan aktres Elfira Loy yang dikatakan dilanda badai akhirnya terjawab sudah dengan kenyataan ibu Elfira yang memberitahu pihak media bahawa cinta mereka berdua telah berakhir.

Namun Sufian dalam maklum balasnya kepada pihak media mengenai kenyataan ibu Elfira itu masih mengganggap ikatan pertunangannya dengan Elfira masih lagi belum terputus kerana pihak Elfira masih belum memulangkan cincin pertunangan mereka.

Kata Sufian lagi, hubungannya dengan Elfira tidak ada apa-apa masalah selain dari campur tangan pihak ketiga.

22221813_10156044730642345_4313194078267351362_n

Difahamkan bapa Elfira akan memulangkan cincin pertunangan mereka apabila berjumpa dengan keluarga Sufian nanti.

Pasangan muda ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lepas dan dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada bualn Mac tahun ini.

Namun ternyata percaturan Allah itu tiada siapa pun yang mampu menduga. Ini adalah fasa yang paling sukar buat Elfira dan Sufian.

SURIA doakan semoga mereka berdua semoga diberi petunjuk dan kekuatan untuk menempuhi hari mendatang dan tidak bermusuhan sesama sendiri.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!