72178

"Cananglah Lagi Cerita Kau. Nak Tunjuk Siapa Meroyan?" – Netizen Berang Dengan Sikap Adi Putra - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada bulan Mac yang lalu, pelakon kacak iaitu Adi Putra telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau mengesahkan bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk menceraikan kedua-dua isterinya tetapi tidak menjelaskan punca sebenar ia berlaku.

7n_adiputramahubersara00

Sehingga ke hari ini Adi Putra masih mengambil keputusan untuk berdiam diri dari memberitahu punca tersebut dan walau bagaimanapun, sebelum ini juga beliau ada memohon agar pihak luar tidak terus mendesak dengan pelbagai soalan terhadap kedua-dua bekas isterinya rentetan dari isu penceraian ini.

waqyl8kzhydvkppnkottan1c75

Baru-baru ini Adi Putra ada memuat naik gambar paparan skrin yang dikirimkan oleh bekas isteri keduanya iaitu Shahida melalui e-mel dan ia menunjukkan seolah-olah masih ada ‘hutang’ diantara Adi dan Shahida.

Rata-rata netizen yang melihat gambar itu meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Adi Putra yang tidak matang kerana memuat naik gambar seperti itu.

adi_8adi_1adi_2adi_3adi_4adi_5adi_6adi_7Kami di SURIA berharap agar hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Yela, kahwin dengan cara baik so apa salahnya kalau bercerai pun dengan cara baik? Apa-apa pun kita hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!