72634

"Case Closed" – Datuk Hans Isaac - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kontroversi yang melanda Zizan Razak dan Datuk Hans Isaac akhirnya telah diselesaikan secara baik.

Hans menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di Instagram berkata, beliau telah menyelesaikan isu yang melanda dirinya bersama Zizan.

Kata Hans dalam video berkenaan kes itu telah pun ditutup dan meminta supaya netizen tidak memberikan komen yang bukan-bukan.

Kontroversi diantara mereka dikatakan mula melanda pada malam Sabtu lalu apabila Zizan yang mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 29 berjenaka tentang gelaran Datuk yang disandang oleh Hans.

screen-shot-2017-09-25-at-9-41-10-pm

Beberapa artis dikatakan terasa dengan gurauan Zizan yang disifatkan sebagai biadap sehingga mempertikaikan mengapa pelawak diambil sebagai pengacara acara yang berprestij.

Namun Zizan telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan turut meminta maaf kepada Hans sendiri.

Ayuh kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kepada Zizan dan pengacara yang lain, jadikan insiden ini sebagai satu iktibar di masa akan datang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!