72663

"Cerita Ini Sendiri Pun Tak Berapa Nak Islam" – Janna Nick - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semenjak babak bercium di antara Janna Nick dan Fattah Amin sewaktu berlakon dalam drama adaptasi Coffee Prince tersebar meluas di media sosial, ramai netizen yang mengecam dengan kata-kata negatif.

Ramai di antara mereka yang beranggapan bahawa pelakon serta pengarah drama berkenaan iaitu Michael Ang tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.

download

Janna Nick sewaktu ditemui di sidang media drama terbaru lakonannya berkata, Dia tidak boleh komen banyak tentang perkara itu terutamnyanya yang melibatkan agama.

“Kalau nak cerita tentang Islam, cerita ini sendiri pun tak berapa nak Islam sebab ia diadaptasi dari Korea.

Cerita ini sendiri pun menceritakan pasal lelaki mencintai lelaki. Jadi kalau berbalik kepada Islam, perkara itu pun satu benda yang salah.

Tetapi dalam cerita ini banyak babak-babak menyentuh sensitiviti telah ditukar mengikut budaya timur, mengikut sensitiviti orang Malaysia dan adab Melayu”, jelasnya.

233051iw5zqw4by40vzvyx

Kata Janna lagi, babak cium di antara dirinya dan Fattah itu hanyalah untuk tujuan komedi.

“Babak itu sendiri tidak bertujuan untuk menunjukkan atau menyampaikan rasa kegersangan, romantik atau manis-manis percintaan. Ia hanya bertujuan untuk babak kelakar”, katanya.

 

Tambah Jannah lagi, sebelum ini lebih banyak babak-babak yang erat yang telah pun dilakonkannya.

“Kita berlakon peluk memeluk pun, itu lagi teruk dari babak bercium ni saya rasa. Sebab kita betul-betul bersentuhan, dekat dan rasa sebab babak itu bertujuan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.

screen-shot-2017-10-05-at-12-09-38-pm

Tapi babak cium ini sama sekali tidak menunjukkan rasa kasih dan rasa sayang. Tak ada langsung!” ujarnya.

Setakat ini drama Coffee Prince baru selesai menjalani penggambaran sebanyak 50 peratus.

screen-shot-2017-10-05-at-11-51-18-am

Terbaru, peminat Janna Nick dapat menonton Janna dalam drama terbaru TV3 berjudul Dia, dimana Janna bergandingan bersama pelakon dari Indonesia, Irwansyah.

Drama sebanyak 60 episod itu bakal menemui penonton bermula 14 Oktober ini, setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!