72416

Cinta Anak VVIP Dikecam Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu lalu tular di media sosial apabila pewaris kumpulan Naza dan anak dara kepada jutawan terkenal Vincent Tan mengumumkan bakal mengikat tali perkahwinan.

Gambar SM Faliq Nassimuddin yang sedang melutut sambil melamar Chryseis Tan menjadi tular selepas dimuatnaik oleh Chryseis di akaun Instagramnya.

screen-shot-2017-07-07-at-4-25-48-pm

Selain kedua-duanya berasal dari golongan hartawan yang berjaya, perbezaan bangsa dan agama mereka berdua juga menjadi perhatian dan bualan hangat rakyat Malaysia.

Pasangan yang dikatakan mula berkenalan sejak dari zaman belajar itu terus mendapat perhatian netizen yang mempertikaikan keputusan mereka untuk berumah tangga.

screen-shot-2017-07-07-at-4-17-50-pm

Ada netizen yang cuba untuk memprovokasi dengan isu-isu agama dan perkauman. Antaranya, mampukah Chryseis meninggalkan makanan yang haram dimakan oleh seorang muslim dan mampukah beliau menahan lapar selama sebulan di bulan Ramadan.

screen-shot-2017-07-07-at-4-18-15-pmscreen-shot-2017-07-07-at-4-18-59-pm

Perkara sebegini tidak seharusya timbul, kerana bukan hanya mereka sahaja pasangan yang berkahwin campur. Malah sebelum ini abang kepada SM Faliq, iaitu SM Nasaruddin juga berkahwin dengan wanita berbangsa serani-cina iaitu selebriti terkenal, Marion Caunter.

Keluarga Chryseis juga tida masalah dengan keputusan beliau untuk menukar agama dan berkahwin dengan lelaki yang berbangsa Melayu.

screen-shot-2017-07-07-at-4-28-15-pm

Suria mendoakan semoga pasangan ini terus menyemai cinta mereka berdua dan mempedulikan kata-kata nista yang cuba menggugat keharmonian hubungan mereka berdua.

Sumber :Hanasuva.com

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!