72674

Clever Girl Kantoi Lagi? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Beberapa minggu lalu, kecoh sebentar apabila salah seorang peserta rancangan realiti pencarian gadis bijak atau Clever Girl mendedahkan bawaha dia rasa dirinya ditipu lalu menarik diri.

Peserta itu mendakwa ada peserta lain yang mendapat soalan bocor kerana sering memberi jawapan yang betul walaupun soalan belum habis ditanya.

screen-shot-2017-10-10-at-10-51-28-am

Minggu lalu, sekali lagi insiden yang sama berlaku apabila salah seorang dari pesertanya telah menekan ‘buzzer’ untuk menjawab soalan sedangkan pilihan jawapan masih belum habis dibaca.

screen-shot-2017-10-10-at-10-51-43-am

Perkara ini hangat diperdebatkan oleh netizen, tidak terkecuali penyanyi, Caprice yang turut mempersoalkan integriti rancangan berkenaan.

Adakah perkara ini kebetulan atau sememangnya apa yang dikatakan oleh peserta yang menarik diri itu adalah benar belaka? Hanya orang produksi dan peserta yang terkait itu sendiri yang ada jawapannya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!