72826

Cristiano Ronaldo Sudah Tahu Kemenangan Ballon d'Or Kelimanya? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Belumpun berlangsung anugerah Ballon d’Or (Bola Emas) namun superstar bola sepak dunia Cristiano Ronaldo dikhabarkan sudah tahu bahawa beliau yang akan membawa pulang anugerah itu tahun ini.

Tahun ini anugerah yang diidamkan oleh setiap pemain bola sepak itu bakal diberikan di atas menara Eiffel di Paris Perancis pada 7 Disember 2017.

screen-shot-2017-12-05-at-12-38-33-pm

Antara calon lain yang tersenarai adalah Lionel Messi dari kelab Barcelona dan Neymar dari Paris Saint Germain.

Tahun lepas Ronaldo telah membawa pulang anugerah itu dan jika beliau menang tahun ini, ini adalah anugerah kelima beliau.

screen-shot-2017-12-05-at-12-37-07-pm

Gosip tentang kemenangan Ronaldo mula bertiup kencang apabila presiden Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan yang memberi petanda pemain Portugal itu bakal menang.

“Dia (Ronaldo) adalah penjaring gol terbanyak dalam sejarah kami. Beberapa hari yang lalu, dia memenangi ‘The Best’ FIFA keduanya dan minggu ini dia akan menang Ballon d’Or kelima,” ujarnya.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi pada 7 Disember ini okay.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!